Dari Meja Penolong Naib Canselor

  dan Salam Sejahtera, pnc

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian di atas kesempatan yang diberikan kepada saya bagi menyampaikan sepatah kata aluan di sini.

Tahniah dan syabas kepada staf pejabat PNC (PKPK) atas inisiatif bagi mewujudkan laman web pejabat PNC (PKPK). Langkah ini adalah sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin meluas dan canggih memerlukan kreativiti dan inovasi dalam urusan kerja seharian.

Diharapkan agar pengunjung laman web pejabat PNC (PKPK) akan memperolehi maklumat terkini, cepat dan tepat berkenaan pejabat PNC (PKPK) serta dijadikan sebagai penghubung antara pihak Universiti dengan staf dan pihak berkepentingan Universiti.

Sebarang cadangan bagi penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

 

PROF. ROSDI AB. RAHMAN
Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti)
Universiti Malaysia Kelantan